? ??????????????Spring Break (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 2467 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Wildflower Night? ????? ?? ???Rating: 4.6 (64 Ratings)??0 Grabs Today. 27909 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, March 5, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ,NUR IFZAN & DAUD

Hari ini kami meraikan Majlis Perkahwinan Nur Ifzan binti Ibrahim dengan pasangannya Daud bin Mahbob.Majlis yang dihadiri kaum keluarga, sahabat handai serta jiran-jiran berlangsung dalam suasana penuh meriah.Bermula dengan majlis akad nikah yang dijalankan di Dewan 2 , Masjid Taman Temerloh Jaya dengan disaksikan oleh kaum keluarga kedua mempelai,majlis di teruskan lagi di Dewan Taman Temerloh Jaya di mana kedua mempelai disandingkan pula di singgahsana yang dihias indah, para tetamu yang berkunjung turut mendoakan moga kedua-dua pengantin dianugerahkanNya keberkatan, kerahamatan dan disinariNya dengan sinaran kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.Buat Che Him dan Kak Ani diucapkan selamat menerima menantu baru, bertambah luas hubungan silatulrahim.

Saat si anak memohon restu , dan bagaimanakah

debaran hati seorang ayah disaat itu?


Di ketika semua perhatian tertumpu pada si dia,bagaimana pula debaran di hatinya di waktu itu?

Alhamdulillah, terikat sudah kasih nan murni...


Tercapai sudah hasrat yang suci....


Direstui sudah ayah dan bonda........

Di Singgahsana gemilang menuju bahagia


SELAMAT MENEMPUH GERBANG BAHAGIA,

MOGA KEKAL KE AHKIR HAYAT.

Saturday, February 5, 2011

MENZIARAHI PUSARA ARWAH ABAH




Tengahari tadi sempat solat zohor bersama anakku Farihin di Masjid An Nur di kampong ku, turun dari masjid terus ke perkuburan di luar pagar masjid tersebut.Tenang, damai, sepi di iring hembus bayu yang memuput dan menggugurkan daunan kering di sekitaran, menghasilkan irama alam yang menyentuh di sanubari.Sudah hampir dua puluh satu tahun arwah Abah disemadikan di sini,sudah hampir dua puluh satu tahun juga aku sering merinduinya.Hari ini sengaja ku bawa Farihin bersama , agar suatu hari andai aku pula yang disemadikan di sini , dia akan mengunjungi sebagaimana kunjungan ku di sini hari ini.


Membacakan ayat-ayat suci agar pahala yang diniatkan sedekah pada arwah sampaikan Allah hendaknya.

Sunday, December 12, 2010

Selamat Bertunang Mona @ Jun




Semalam kami sekeluarga pulang ke Kampung Lebak Seberang untuk meraikan majlis pertunangan sepupuku MONA dengan pasangannya AZIZUN.Tak sedar terlalu pantas
masa beredar, dah besar pun cik gu ni.Selamat bertunangan,semoga berakhir dengan ikatan pernikahan dan diirigi kehidupan yang berbahagia hingga ke akhir hayat.Buat Ayahngah Sudin dan Chu Siah, selamat berkenduri,selamat membilang menantu dan cucu.

Debaran hati yang bakal disunting orang



Sempat berposing



dan lagi......

























Saturday, November 20, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ZANA & JAI







Siang tadi kami sekeluarga (tanpa Angah & Dide) telah meraikan majlis perkahwinan sepupu perempuan saya di Kampung Lebak Seberang.Sepupu/teman sepermainan, sepersekolahan dan kami membesar bersama dlm lingkungan keluarga yang akrab.Selamat penganti baru Embog dan buat PAK CHEK , selamat menerima menantu baru.Semoga ikatan silatulrahim bertambah luas.Buat JAI selamat menjadi sebahagian dari keluarga besar Arwah Md Deris bin Hj. Tahir.

Monday, November 15, 2010

BUKAN 'PROMOSI' BARANGAN.



Semalam kami sekeluarga keluar membeli barangan keperluan.
Di bahagian frozen kami temui 2 item ini.
PAU & AMY.
Ha ha ha.
Ini boleh claim co. berkenaan kerana menggunakan nama kami
tanpa izin!!
*INGATAN, SETIAP KALI MEMBELI BELAH PASTIKAN TARIKH LUPUSNYA
AGAR KITA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN AKIBAT TERBELI
BARANGAN YANG TELAH EXPIRED.

Adios......




Sunday, November 7, 2010

INILAH SPESIS "PATIN BUAH" ORI TEMERLOH.

06/11/2010
Bergambar kenangan dengan IKAN PATIN BUAH
yang berjaya dipancing oleh Pak Mertua saya di Sungai Semantan, iaitu salah
satu cabang sungai di mana kualanya bertemu dengan
Sungai Pahang.

Spesis ini merupakan spesis liar. Ia hidup bebas di habitatnya
dan ia tidak boleh diternak seperti spesis PATIN SANGKAR.

Ikan ini beratnya kira-kira 2.5 kg.
Harga di pasaran untuk setiap kg = RM 80.00 shj.
Jadi untuk harga IKAN PATIN BUAH ini ialah
RM 200.00 jer... (tidaklah semahal PATIN MONGCONG)
Tapi kali ni IKAN ni tak jadi RM sebab ianya jadi
lauk ANAK CUCU Pak Mertua saya.
Nah lihatlah betapa nilai kasih sayang lebih tinggi nilainya
dari RM.

(IKAN INI MAKIN SUKAR UNTUK DI TEMUI DI SUNGAI PAHANG.
SPESISNYA KIAN TERANCAM DAN KEMUNGKINAN SUATU
HARI NANTI GENERASI MUDA HANYA DAPAT MENGENALINYA
MENERUSI BUKU DAN CATATAN SEJARAH SAHAJA)


Selamat Berkunjung Ke Temerloh Bandar Ikan Patin.


p/s: Siang tadi satu rombongan pengantin bertandang dari
KL ke Taman Perumahan kami.
Nampak berselera dan berpeluh dahi menikmati gulai
tempoyak ikan patin Temerloh walaupun
dalam cuaca dingin musim tengkujuh yang sudah pun bermula.



Saturday, November 6, 2010

DAH 9 TAHUN UMUR FARIHIN

4 NOV 2010
Tambah lagi sebatang lilin kecil merah putih diatas kek
sempena hari ulang tahun kelahiran ANAK BONGSU ku.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9.