? ??????????????Spring Break (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 2467 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Wildflower Night? ????? ?? ???Rating: 4.6 (64 Ratings)??0 Grabs Today. 27909 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 12, 2010

Selamat Bertunang Mona @ Jun




Semalam kami sekeluarga pulang ke Kampung Lebak Seberang untuk meraikan majlis pertunangan sepupuku MONA dengan pasangannya AZIZUN.Tak sedar terlalu pantas
masa beredar, dah besar pun cik gu ni.Selamat bertunangan,semoga berakhir dengan ikatan pernikahan dan diirigi kehidupan yang berbahagia hingga ke akhir hayat.Buat Ayahngah Sudin dan Chu Siah, selamat berkenduri,selamat membilang menantu dan cucu.

Debaran hati yang bakal disunting orang



Sempat berposing



dan lagi......

























Saturday, November 20, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ZANA & JAI







Siang tadi kami sekeluarga (tanpa Angah & Dide) telah meraikan majlis perkahwinan sepupu perempuan saya di Kampung Lebak Seberang.Sepupu/teman sepermainan, sepersekolahan dan kami membesar bersama dlm lingkungan keluarga yang akrab.Selamat penganti baru Embog dan buat PAK CHEK , selamat menerima menantu baru.Semoga ikatan silatulrahim bertambah luas.Buat JAI selamat menjadi sebahagian dari keluarga besar Arwah Md Deris bin Hj. Tahir.

Monday, November 15, 2010

BUKAN 'PROMOSI' BARANGAN.



Semalam kami sekeluarga keluar membeli barangan keperluan.
Di bahagian frozen kami temui 2 item ini.
PAU & AMY.
Ha ha ha.
Ini boleh claim co. berkenaan kerana menggunakan nama kami
tanpa izin!!
*INGATAN, SETIAP KALI MEMBELI BELAH PASTIKAN TARIKH LUPUSNYA
AGAR KITA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN AKIBAT TERBELI
BARANGAN YANG TELAH EXPIRED.

Adios......




Sunday, November 7, 2010

INILAH SPESIS "PATIN BUAH" ORI TEMERLOH.

06/11/2010
Bergambar kenangan dengan IKAN PATIN BUAH
yang berjaya dipancing oleh Pak Mertua saya di Sungai Semantan, iaitu salah
satu cabang sungai di mana kualanya bertemu dengan
Sungai Pahang.

Spesis ini merupakan spesis liar. Ia hidup bebas di habitatnya
dan ia tidak boleh diternak seperti spesis PATIN SANGKAR.

Ikan ini beratnya kira-kira 2.5 kg.
Harga di pasaran untuk setiap kg = RM 80.00 shj.
Jadi untuk harga IKAN PATIN BUAH ini ialah
RM 200.00 jer... (tidaklah semahal PATIN MONGCONG)
Tapi kali ni IKAN ni tak jadi RM sebab ianya jadi
lauk ANAK CUCU Pak Mertua saya.
Nah lihatlah betapa nilai kasih sayang lebih tinggi nilainya
dari RM.

(IKAN INI MAKIN SUKAR UNTUK DI TEMUI DI SUNGAI PAHANG.
SPESISNYA KIAN TERANCAM DAN KEMUNGKINAN SUATU
HARI NANTI GENERASI MUDA HANYA DAPAT MENGENALINYA
MENERUSI BUKU DAN CATATAN SEJARAH SAHAJA)


Selamat Berkunjung Ke Temerloh Bandar Ikan Patin.


p/s: Siang tadi satu rombongan pengantin bertandang dari
KL ke Taman Perumahan kami.
Nampak berselera dan berpeluh dahi menikmati gulai
tempoyak ikan patin Temerloh walaupun
dalam cuaca dingin musim tengkujuh yang sudah pun bermula.



Saturday, November 6, 2010

DAH 9 TAHUN UMUR FARIHIN

4 NOV 2010
Tambah lagi sebatang lilin kecil merah putih diatas kek
sempena hari ulang tahun kelahiran ANAK BONGSU ku.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9.

Saturday, October 2, 2010

Ingat TEMERLOH,ingat IKAN PATIN




TEMERLOH,IKAN PATIN.IKAN PATIN,TEMERLOH.Semenjak dua menjak ni dua perkataan ini menjadi amat sinonim di perkatakan.Contoh suatu hari ketika bersapa dengan seseorang yang bukan anak kelahiran Temerloh.

"Oh , orang Temerloh ya.Seronoklah hari-hari dapat makan gulai ikan patin."


Ikan Patin ni kalau makan sekali sekala memanglah ummmph!,tapi kalau selalu sangat jemu juga.Ni saya attach satu post.Semalam Pak Mertua saya pegi ngail (memancinglah) di Sungai Semantan.Nak jadi rezeki dapat sampai empat ekor,besar-besar pulak tu.Banyak macam tu kalau simpan lama pun tak sedap pulak.


Ikan fresh , masak asam tempoyak,cili api.Tambah pulak air tangan "Puan Nani" ( isteri saya lah tu)Fuhhhh.......time tengah lapar gilerr.Tambah nasi putih panas sampai dua kali.

Burlp.....Alhamdulilah.


Kengkawan , kalau sampai Temerloh, jika tak pekena gulai ikan patin tak sah jadinya.


Opss nak ke dapur lagi, gulai ikan patin tadi masih ada he-he.


Sampai jumpa.

Saturday, January 9, 2010

Silat Sendeng Gunung Sakti.




Hari ini kami ke Kuantan.Mengiringi 'PENDEKAR' (dalam hati kami sekeluarga) untuk
membuat persembahan silat di Acara Perhimpunan Silat 1Malaysia di Kuantan Parade.
Macam biasa, debaran di hati makbapak mengalahkan anak yang nak buat persembahan.

Pembukaan Randai Tari Silat Sendeng Gunung Sakti Cawangan Kampong Paya Kechik
Temerloh ( perguruan anak-anak kami ; Fahmi dan adiknya Farihin) Pahang.Mengapa di
namakan Gunung Sakti? Menurut sumber, nama Gunung Sakti itu diambil sempena nama
perkampungan asal silat itu bermula.Terletak di Paya Kumbuh ,Sumatera Indonesia.

Fuhhh......inilah sebahagian dari mereka yang membuat persembahan.