Hari ini Rabu 7hb Ogos 2013 bersamaan
29 Ramadhan 1434 H merupakan hari terakhir umat
Islam di Malaysia berpuasa dan esok merupakan Hari
Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan gelaran Hari
Raya Puasa .Seperti di tahun-tahun yang lepas, pada
hari ini kami akan berkumpul bagi membuat persediaan
untuk meraikan kedatangan 1 Syawal.Tahun ini kebetulan
semua adik beradik telah sepakat untuk membakar lemang
di Rumah Emak di Kampong Lebak Seberang.
10 kg beras pulut telah emak sediakan, termasuk kelapa,
buluh dan daun pisang muda untuk menyiapkan proses
membuat lemang.
Kerja-kerja membuat lemang ini agak rumit dan
mengambil masa yang agak panjang utk menyempurnakannya.