? ??????????????Spring Break (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 2467 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Wildflower Night? ????? ?? ???Rating: 4.6 (64 Ratings)??0 Grabs Today. 27909 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, September 24, 2011

SATU LARUT MALAM & KIMBAP.

Tengah malam ni tiba-tiba perut terasa lapar pulak....nasib baik ada rezeki makanan Korea ni...

Mmmmmmm....Kimbap, senang jer nak menyediakanya......tapi susahlah pulak nak menyuapnya...

Letak chopstik...pakai tangan.....Makan Korean Food cara Melayu..





 Tak kisahlah dengan cara apa sekali pun, yang penting hilang lapar dan burlpp
Alhamdulillah......kenyang pun, boleh laa tidur lena.

Monday, September 19, 2011

LENA DI BERANDA.....DIBUAI MIMPI SIANG.....DIULIT HEMBUS ANGIN TENGAHARI

Lenanya Anak Bongsu ku di beranda Rumah 'Wan' nya tengahari tadi .Memang, di sini aman sungguh!! Tiada hiruk pikuk , tiada deruman kenderaan ..yang ada hanya kicauan burung yang bertenggek di dahan rambutan, jambu,manggis,durian,langsat,ciku,mangga dan cempedak yang merimbun di sekeliling rumah.Sesekali angin sepoi yang bertiup lembut berubah menjadi agak kencang untuk seketika....menghasilkan simfoni alam yang bersatu mengiringi damai nya desa ini, tengahari ini.....

LUNCH DI RUMAH EMAK.

Tengahari tadi berkesempatan balik ke rumah Emak, macam selalu...makan nasi bersama  Keluarga ,Emak,Adik-Adik dan Adik Ipar .Daging Bakar,Sayur Lemak Umbut Kelapa, Sambal Tumis Udang Petai, Goreng ikan Lais...Sambal Mempelam Muda  dan Ulaman......Alangkah indahnya memori begini dan alangkah lebih indahnya lagi andai seluruh keluarga ada bersama.....Angin sepoi yang bertandang  melewati rimbunan daun di halaman seakan membisikkan sebuah kerinduan kepada zaman silam yang pernah kami lalui bersama......masa kecil yang sering ku genggam namun terlepas jua dijarak gerak waktu yang tak mungkin berpaling.

Tuesday, September 6, 2011

MERCU TANDA KAMPUNG KU.

Zaman kecil ku, pohon ini sudah sebesar dan serimbun ini......setiap kali melintasinya kami akan berlari sehingga 'putih tapak kaki' kerana kami telah di momokkan dengan pelbagai kisah-kisah yang meremangkan bulu roma dari generasi teratas..........

Zaman anak-anak ku seusia ku waktu itu.......mencongak-congak berapakah usia pohon itu, siapakah yang mananamnya dan apakah spesisnya.....lalu berlarian , bermain di bawah redup teduh rimbunannya...."Abah, boleh tak kami panjat pokok ni?" Lalu aku bertanya, untuk apa? Dan di jawabnya,"Untuk melihat ke bawah dengan pandangan mata burung" Lantas aku cuma tersenyum.Masa yang berlalu ,mampu mengubah banyak perkara.

Sunday, September 4, 2011

KAMPUNG KU YANG KEMBALI SUNYI....

Teratak Emak yang riuh rendah dengan suara anak cucu serta kunjungan sanak saudara dan handai taulan kini sunyi kembali.Anak-anak yang bekerja di luar daerah dah kembali ke rumah masing-masing kerana esok ; Isnin 6/September/2011pejabat akan di buka seperti biasa,anak-anak akan kembali bersekolah begitu juga mereka yang tinggal di rumah sendiri...semuanya dah berangkat meninggalkan Rumah Emak.Suasana kemerihan berhari raya sudah tidak sehangat sebelumnya maklumlah dah masuk hari raya ke enam dah hari ni...dah suam-suam pun.Berbeza suasananya di bandar kerana suasana kemeriahan hari raya baru bermula....kunjung mengunjung anatara teman-teman serta rakan taulan yang baru tiba dari kampung halaman masing-masing baru nak bermula.....nampaknya sebulan lagilah sambutan hari raya di bandar dan kota besar.....Alhamdulillah, Maha Suci Allah maseh memberikan kita kesempatan untuk kunjung mengunjung, maaf bermaafan sambil mengukuhkan ikatan Silatulrahhim.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri..maaf zahir dan batin.

Saturday, September 3, 2011

Di pusara Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Perkuburan Islam Chengal Temerloh Pahang.

Hari ini kami sempat singgah di pusara Allahyarham Sudirman bin Haji Arshad yang sewaktu hayatnya Arwah merupakan seorang penghibur yang tersohor di Tanahair kita serta mengjangakau ke Nusantara serta pesada Dunia.Kini segalanya tinggal kenangan yang tersimpan di lipatan sejarah.Lagu-lagu dendangannya maseh terus berkumandang di udara, lagu2 nyanyian Arwah sentiasa segar mewarnai suasana....bila tiba Hari Raya, setiap kali Sambutan Ulangtahun Hari Kemerdekaan suara beliau terus berkumandang mengalunkan lagu-lagu yang tak pernah luput di mamah usia.Namun hakikatnya di sinilah Allahyarham di semadikan....di kawasan perkuburan yang redup...sepi. Yang terdengar hanyalah desiran bayu yang berpuput membelai dedaunan hijau yang merimbun serta meluruhkan helaian daun layu kekeringan.......Moga sedamai dan sebening inilah jua istirehatnya Allahyarham.Lena dalam tidur panjang dalam dakapan rahmat serta nikmat dariNya yang melimpah ruah.
Al Fatihah......moga roh nya dicucuri rahmat dari ArRahman , ArRahim.

Friday, September 2, 2011

Sambutan Aidilfitri , 1 Syawal 1432 h, bersamaan 30 Ogos 2011

Bersama isteri.....
bersama anak-anak
sekeping lagi....
isteri dan anak-anak

putera - putera dan puteriku
putera2 ku
adek2, anak2 dan anak2 saudara.