? ??????????????Spring Break (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 2467 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Wildflower Night? ????? ?? ???Rating: 4.6 (64 Ratings)??0 Grabs Today. 27909 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 20, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ZANA & JAI







Siang tadi kami sekeluarga (tanpa Angah & Dide) telah meraikan majlis perkahwinan sepupu perempuan saya di Kampung Lebak Seberang.Sepupu/teman sepermainan, sepersekolahan dan kami membesar bersama dlm lingkungan keluarga yang akrab.Selamat penganti baru Embog dan buat PAK CHEK , selamat menerima menantu baru.Semoga ikatan silatulrahim bertambah luas.Buat JAI selamat menjadi sebahagian dari keluarga besar Arwah Md Deris bin Hj. Tahir.

Monday, November 15, 2010

BUKAN 'PROMOSI' BARANGAN.



Semalam kami sekeluarga keluar membeli barangan keperluan.
Di bahagian frozen kami temui 2 item ini.
PAU & AMY.
Ha ha ha.
Ini boleh claim co. berkenaan kerana menggunakan nama kami
tanpa izin!!
*INGATAN, SETIAP KALI MEMBELI BELAH PASTIKAN TARIKH LUPUSNYA
AGAR KITA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN AKIBAT TERBELI
BARANGAN YANG TELAH EXPIRED.

Adios......




Sunday, November 7, 2010

INILAH SPESIS "PATIN BUAH" ORI TEMERLOH.

06/11/2010
Bergambar kenangan dengan IKAN PATIN BUAH
yang berjaya dipancing oleh Pak Mertua saya di Sungai Semantan, iaitu salah
satu cabang sungai di mana kualanya bertemu dengan
Sungai Pahang.

Spesis ini merupakan spesis liar. Ia hidup bebas di habitatnya
dan ia tidak boleh diternak seperti spesis PATIN SANGKAR.

Ikan ini beratnya kira-kira 2.5 kg.
Harga di pasaran untuk setiap kg = RM 80.00 shj.
Jadi untuk harga IKAN PATIN BUAH ini ialah
RM 200.00 jer... (tidaklah semahal PATIN MONGCONG)
Tapi kali ni IKAN ni tak jadi RM sebab ianya jadi
lauk ANAK CUCU Pak Mertua saya.
Nah lihatlah betapa nilai kasih sayang lebih tinggi nilainya
dari RM.

(IKAN INI MAKIN SUKAR UNTUK DI TEMUI DI SUNGAI PAHANG.
SPESISNYA KIAN TERANCAM DAN KEMUNGKINAN SUATU
HARI NANTI GENERASI MUDA HANYA DAPAT MENGENALINYA
MENERUSI BUKU DAN CATATAN SEJARAH SAHAJA)


Selamat Berkunjung Ke Temerloh Bandar Ikan Patin.


p/s: Siang tadi satu rombongan pengantin bertandang dari
KL ke Taman Perumahan kami.
Nampak berselera dan berpeluh dahi menikmati gulai
tempoyak ikan patin Temerloh walaupun
dalam cuaca dingin musim tengkujuh yang sudah pun bermula.



Saturday, November 6, 2010

DAH 9 TAHUN UMUR FARIHIN

4 NOV 2010
Tambah lagi sebatang lilin kecil merah putih diatas kek
sempena hari ulang tahun kelahiran ANAK BONGSU ku.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9.