Siang tadi kami sekeluarga (tanpa Angah & Dide) telah meraikan majlis perkahwinan sepupu perempuan saya di Kampung Lebak Seberang.Sepupu/teman sepermainan, sepersekolahan dan kami membesar bersama dlm lingkungan keluarga yang akrab.Selamat penganti baru Embog dan buat PAK CHEK , selamat menerima menantu baru.Semoga ikatan silatulrahim bertambah luas.Buat JAI selamat menjadi sebahagian dari keluarga besar Arwah Md Deris bin Hj. Tahir.
Saturday, November 20, 2010
Monday, November 15, 2010
BUKAN 'PROMOSI' BARANGAN.

Semalam kami sekeluarga keluar membeli barangan keperluan.
Di bahagian frozen kami temui 2 item ini.
PAU & AMY.
Ha ha ha.
Ini boleh claim co. berkenaan kerana menggunakan nama kami
tanpa izin!!
*INGATAN, SETIAP KALI MEMBELI BELAH PASTIKAN TARIKH LUPUSNYA
AGAR KITA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN AKIBAT TERBELI
BARANGAN YANG TELAH EXPIRED.
Adios......
Posted by pauzi semerbak kesturi at 9:17 PM 0 comments
Sunday, November 7, 2010
INILAH SPESIS "PATIN BUAH" ORI TEMERLOH.
Bergambar kenangan dengan IKAN PATIN BUAH
yang berjaya dipancing oleh Pak Mertua saya di Sungai Semantan, iaitu salah
satu cabang sungai di mana kualanya bertemu dengan
Sungai Pahang.
dan ia tidak boleh diternak seperti spesis PATIN SANGKAR.
Ikan ini beratnya kira-kira 2.5 kg.
Harga di pasaran untuk setiap kg = RM 80.00 shj.
Jadi untuk harga IKAN PATIN BUAH ini ialah
RM 200.00 jer... (tidaklah semahal PATIN MONGCONG)
Tapi kali ni IKAN ni tak jadi RM sebab ianya jadi
lauk ANAK CUCU Pak Mertua saya.
Nah lihatlah betapa nilai kasih sayang lebih tinggi nilainya
dari RM.
(IKAN INI MAKIN SUKAR UNTUK DI TEMUI DI SUNGAI PAHANG.
SPESISNYA KIAN TERANCAM DAN KEMUNGKINAN SUATU
HARI NANTI GENERASI MUDA HANYA DAPAT MENGENALINYA
MENERUSI BUKU DAN CATATAN SEJARAH SAHAJA)
Selamat Berkunjung Ke Temerloh Bandar Ikan Patin.
p/s: Siang tadi satu rombongan pengantin bertandang dari
KL ke Taman Perumahan kami.
Nampak berselera dan berpeluh dahi menikmati gulai
tempoyak ikan patin Temerloh walaupun
dalam cuaca dingin musim tengkujuh yang sudah pun bermula.
Harga di pasaran untuk setiap kg = RM 80.00 shj.
Jadi untuk harga IKAN PATIN BUAH ini ialah
RM 200.00 jer... (tidaklah semahal PATIN MONGCONG)
Tapi kali ni IKAN ni tak jadi RM sebab ianya jadi
lauk ANAK CUCU Pak Mertua saya.
Nah lihatlah betapa nilai kasih sayang lebih tinggi nilainya
dari RM.
(IKAN INI MAKIN SUKAR UNTUK DI TEMUI DI SUNGAI PAHANG.
SPESISNYA KIAN TERANCAM DAN KEMUNGKINAN SUATU
HARI NANTI GENERASI MUDA HANYA DAPAT MENGENALINYA
MENERUSI BUKU DAN CATATAN SEJARAH SAHAJA)
Selamat Berkunjung Ke Temerloh Bandar Ikan Patin.
p/s: Siang tadi satu rombongan pengantin bertandang dari
KL ke Taman Perumahan kami.
Nampak berselera dan berpeluh dahi menikmati gulai
tempoyak ikan patin Temerloh walaupun
dalam cuaca dingin musim tengkujuh yang sudah pun bermula.
Posted by pauzi semerbak kesturi at 9:58 PM 0 comments
Saturday, November 6, 2010
DAH 9 TAHUN UMUR FARIHIN
Tambah lagi sebatang lilin kecil merah putih diatas kek
sempena hari ulang tahun kelahiran ANAK BONGSU ku.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9.
Posted by pauzi semerbak kesturi at 11:24 PM 0 comments
Saturday, October 2, 2010
Ingat TEMERLOH,ingat IKAN PATIN
TEMERLOH,IKAN PATIN.IKAN PATIN,TEMERLOH.Semenjak dua menjak ni dua perkataan ini menjadi amat sinonim di perkatakan.Contoh suatu hari ketika bersapa dengan seseorang yang bukan anak kelahiran Temerloh.
"Oh , orang Temerloh ya.Seronoklah hari-hari dapat makan gulai ikan patin."
Ikan Patin ni kalau makan sekali sekala memanglah ummmph!,tapi kalau selalu sangat jemu juga.Ni saya attach satu post.Semalam Pak Mertua saya pegi ngail (memancinglah) di Sungai Semantan.Nak jadi rezeki dapat sampai empat ekor,besar-besar pulak tu.Banyak macam tu kalau simpan lama pun tak sedap pulak.
Ikan fresh , masak asam tempoyak,cili api.Tambah pulak air tangan "Puan Nani" ( isteri saya lah tu)Fuhhhh.......time tengah lapar gilerr.Tambah nasi putih panas sampai dua kali.
Burlp.....Alhamdulilah.
Kengkawan , kalau sampai Temerloh, jika tak pekena gulai ikan patin tak sah jadinya.
Opss nak ke dapur lagi, gulai ikan patin tadi masih ada he-he.
Sampai jumpa.
Posted by pauzi semerbak kesturi at 10:39 PM 0 comments
Saturday, January 9, 2010
Silat Sendeng Gunung Sakti.
Hari ini kami ke Kuantan.Mengiringi 'PENDEKAR' (dalam hati kami sekeluarga) untuk
membuat persembahan silat di Acara Perhimpunan Silat 1Malaysia di Kuantan Parade.
Macam biasa, debaran di hati makbapak mengalahkan anak yang nak buat persembahan.
Temerloh ( perguruan anak-anak kami ; Fahmi dan adiknya Farihin) Pahang.Mengapa di
namakan Gunung Sakti? Menurut sumber, nama Gunung Sakti itu diambil sempena nama
perkampungan asal silat itu bermula.Terletak di Paya Kumbuh ,Sumatera Indonesia.
Posted by pauzi semerbak kesturi at 8:30 PM 0 comments
Thursday, December 31, 2009
Purnama di dada langit malam halaman rumahku
Alhamdulillah.Malam ini tak seperti kebiasaan malam-malam yang berlalu.Yang biasanya ditabir dengan curahan hujan di penghujung musim tengkujuh yang basah serta dingin di daerah ini.Malam ini purnama 15 Muharram menampakkan serinya setelah sekian lama di saput mega mendung yang sentiasa berarak dari arah timur laut penjuru pagar rumahku.
Malam penghujung 2009 ini tampak berseri,mungkinkah petanda langit malam 2010 akan sentisa benderang di suluh cahaya bulan dan bintangnya yang bergemerlapan?Semoga itulah realitinya.
Esok fajar pertama Tahun 2010 akan menyinsing.Moga sinarnya membawa bersama penyuluh jalan yang sentiasa membimbing kita dari tersasar arah serta tujuan.Aduhai,apalah ada pada segenggam hasrat yang sentiasa di perbaharui di setiap datang awal tahun yang silih berganti.
Duhai teman,duhai taulan,duhai tuan yang budiman.Marilah kita bermohon padaNya.Moga 2010 membawa kebahagiaan dan ketenteraman yang lebih baik dari 2009.
Dalam girang menanti kiraan 'countdown' jam besar di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dan menyaksikan percikan bungapi di langit Dataran Merdeka masih adakah sekeping hati kecil menemukan jawapan,2009 yang pergi adakah kita yang meninggalkanya ataukah kitakah yang ditinggalakan?
Renung-renungkanlah.
SELAMAT MENYAMBUT MALAM TAHUN MASEHI2010.
Posted by pauzi semerbak kesturi at 8:21 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)




