Zaman kecil ku, pohon ini sudah sebesar dan serimbun ini......setiap kali melintasinya kami akan berlari sehingga 'putih tapak kaki' kerana kami telah di momokkan dengan pelbagai kisah-kisah yang meremangkan bulu roma dari generasi teratas..........
Zaman anak-anak ku seusia ku waktu itu.......mencongak-congak berapakah usia pohon itu, siapakah yang mananamnya dan apakah spesisnya.....lalu berlarian , bermain di bawah redup teduh rimbunannya...."Abah, boleh tak kami panjat pokok ni?" Lalu aku bertanya, untuk apa? Dan di jawabnya,"Untuk melihat ke bawah dengan pandangan mata burung" Lantas aku cuma tersenyum.Masa yang berlalu ,mampu mengubah banyak perkara.
0 comments:
Post a Comment