? ??????????????Spring Break (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 2467 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Wildflower Night? ????? ?? ???Rating: 4.6 (64 Ratings)??0 Grabs Today. 27909 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 25, 2013

Kesinambungan Tradisi Setiap Petang Hari Terakhir Ramadhan anak cucu Arwah Pak Alang Daud bin Md Deris.

Hari ini Rabu 7hb Ogos 2013 bersamaan
29 Ramadhan 1434 H merupakan hari terakhir umat
 Islam di Malaysia berpuasa dan esok merupakan Hari
Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan gelaran Hari
Raya Puasa .Seperti di tahun-tahun yang lepas, pada
hari ini kami akan berkumpul bagi membuat persediaan
untuk meraikan kedatangan 1 Syawal.Tahun ini kebetulan
semua adik beradik telah sepakat untuk membakar lemang
di Rumah Emak di Kampong Lebak Seberang.
10 kg beras pulut telah emak sediakan, termasuk kelapa,
buluh dan daun pisang muda untuk menyiapkan proses
membuat lemang.

                                         
Kerja-kerja membuat lemang ini agak rumit dan
mengambil masa yang agak panjang utk menyempurnakannya.

Monday, June 17, 2013

 
INI BUKAN SEBUAH IKLAN
 
Sekadar mengimbau sebuah kenangan yang tersimpan berdekad lama.
Apa lagi yang lebih mengembirakan hati seorang budak lelaki yang berusia awal belasan?
Tinggal di kampung yang jauh dari kesibukan kota.Tiada hiruk pikuk serta deruman kenederaan
yang bersimpang siur.Alangkah panjangnya masa siang ketika itu.Sabtu atau Ahad yang girang.
Apakah lagi yang lebih menghiburkan hati seorang budak lelaki sekecil tu?Seharian bermain lastik,
merayau di sekitar kampung dan apabila haus terus berlari ke kedai runcit milik saudara terdekat.
Dengan dua keping syiling sepuluh sen dan sekeping syiling lima sen yang terukir gambar Bangunan
Parlimen dia sudah boleh meneguk sebotol coca-cola yang enaknya tidak dapat tafsirkan dengan
ungkapan kata. Fuhhhhh....diteguknya sambil mengusap peluh di dahi.
 
 
 
Apakah lagi yang lebih menghiburkan hatinya.Setelah hilang penat serta hilang rasa dahaga, sesekali
dia tersedawa terasa karbonat coca-cola  bagai hedak terkeluar dari mulut serta hidungnya.Sambil tersenyum memandang sebuah televisyen kecil di kedai runcit tersebut.Hari ini Hari Sabtu,bisik hatinya.Pukul 3 nanti siaran tv akan bermula awal."Abang Lek!Pasanglah tv, petang ni ada cerita koboi (cowboy) Iron Horse"
 
 
 
Kini detik itu semakin jauh dia tinggalkan atau adakah masa yang meninggalkan dia?
Apakah lagi yang lebih mengembirakan hatinya selain sesekali menjenguk kembali ke  masa silam yang  telah berdekad menjarakkan suasana sebegitu.Coca-cola dan lastik.
Ahhh....alangkah indahnya saat itu.