? ??????????????Spring Break (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 2467 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Wildflower Night? ????? ?? ???Rating: 4.6 (64 Ratings)??0 Grabs Today. 27909 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 25, 2013

Kesinambungan Tradisi Setiap Petang Hari Terakhir Ramadhan anak cucu Arwah Pak Alang Daud bin Md Deris.

Hari ini Rabu 7hb Ogos 2013 bersamaan
29 Ramadhan 1434 H merupakan hari terakhir umat
 Islam di Malaysia berpuasa dan esok merupakan Hari
Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan gelaran Hari
Raya Puasa .Seperti di tahun-tahun yang lepas, pada
hari ini kami akan berkumpul bagi membuat persediaan
untuk meraikan kedatangan 1 Syawal.Tahun ini kebetulan
semua adik beradik telah sepakat untuk membakar lemang
di Rumah Emak di Kampong Lebak Seberang.
10 kg beras pulut telah emak sediakan, termasuk kelapa,
buluh dan daun pisang muda untuk menyiapkan proses
membuat lemang.

                                         
Kerja-kerja membuat lemang ini agak rumit dan
mengambil masa yang agak panjang utk menyempurnakannya.

Monday, June 17, 2013

 
INI BUKAN SEBUAH IKLAN
 
Sekadar mengimbau sebuah kenangan yang tersimpan berdekad lama.
Apa lagi yang lebih mengembirakan hati seorang budak lelaki yang berusia awal belasan?
Tinggal di kampung yang jauh dari kesibukan kota.Tiada hiruk pikuk serta deruman kenederaan
yang bersimpang siur.Alangkah panjangnya masa siang ketika itu.Sabtu atau Ahad yang girang.
Apakah lagi yang lebih menghiburkan hati seorang budak lelaki sekecil tu?Seharian bermain lastik,
merayau di sekitar kampung dan apabila haus terus berlari ke kedai runcit milik saudara terdekat.
Dengan dua keping syiling sepuluh sen dan sekeping syiling lima sen yang terukir gambar Bangunan
Parlimen dia sudah boleh meneguk sebotol coca-cola yang enaknya tidak dapat tafsirkan dengan
ungkapan kata. Fuhhhhh....diteguknya sambil mengusap peluh di dahi.
 
 
 
Apakah lagi yang lebih menghiburkan hatinya.Setelah hilang penat serta hilang rasa dahaga, sesekali
dia tersedawa terasa karbonat coca-cola  bagai hedak terkeluar dari mulut serta hidungnya.Sambil tersenyum memandang sebuah televisyen kecil di kedai runcit tersebut.Hari ini Hari Sabtu,bisik hatinya.Pukul 3 nanti siaran tv akan bermula awal."Abang Lek!Pasanglah tv, petang ni ada cerita koboi (cowboy) Iron Horse"
 
 
 
Kini detik itu semakin jauh dia tinggalkan atau adakah masa yang meninggalkan dia?
Apakah lagi yang lebih mengembirakan hatinya selain sesekali menjenguk kembali ke  masa silam yang  telah berdekad menjarakkan suasana sebegitu.Coca-cola dan lastik.
Ahhh....alangkah indahnya saat itu.
 

Monday, November 14, 2011

Bertemu Upin & Ipin ....hehehe.


Setelah sekian lama kedua-dua ikon ini menjadi kesukaan dan sebutan , hari ini
Ahmad Farihin , anak bongsu kami berkesempatan untuk bersua muka serta
beramah mesra......dari riak wajahnya dapat di rasa betapa gembiranya dia....
Petang ini di pulang ke rumah bersama senyuman yang paling manis....

Sunday, November 6, 2011

EMPAT DARI ENAM ORANG CUCU JANTAN EMAKKU....


Tengahari 10 Zulhijjah 1432 , bersamaan 6 November 2011. Dalam sibuk membagahikan masa , bergelut dalam menghadapi peperiksaan besar minggu hadapan, anak ke tiga ku Ahmad Fahmi sempat merasakan detik santai bersama kami di rumah Wan nya sambil melayan Adek nya Ahmad Farihin dan dua orang sepupu kecil nya...Ahmad Aiman dan Ahmad Asyraff.
                                                

Saturday, September 24, 2011

SATU LARUT MALAM & KIMBAP.

Tengah malam ni tiba-tiba perut terasa lapar pulak....nasib baik ada rezeki makanan Korea ni...

Mmmmmmm....Kimbap, senang jer nak menyediakanya......tapi susahlah pulak nak menyuapnya...

Letak chopstik...pakai tangan.....Makan Korean Food cara Melayu..





 Tak kisahlah dengan cara apa sekali pun, yang penting hilang lapar dan burlpp
Alhamdulillah......kenyang pun, boleh laa tidur lena.

Monday, September 19, 2011

LENA DI BERANDA.....DIBUAI MIMPI SIANG.....DIULIT HEMBUS ANGIN TENGAHARI

Lenanya Anak Bongsu ku di beranda Rumah 'Wan' nya tengahari tadi .Memang, di sini aman sungguh!! Tiada hiruk pikuk , tiada deruman kenderaan ..yang ada hanya kicauan burung yang bertenggek di dahan rambutan, jambu,manggis,durian,langsat,ciku,mangga dan cempedak yang merimbun di sekeliling rumah.Sesekali angin sepoi yang bertiup lembut berubah menjadi agak kencang untuk seketika....menghasilkan simfoni alam yang bersatu mengiringi damai nya desa ini, tengahari ini.....

LUNCH DI RUMAH EMAK.

Tengahari tadi berkesempatan balik ke rumah Emak, macam selalu...makan nasi bersama  Keluarga ,Emak,Adik-Adik dan Adik Ipar .Daging Bakar,Sayur Lemak Umbut Kelapa, Sambal Tumis Udang Petai, Goreng ikan Lais...Sambal Mempelam Muda  dan Ulaman......Alangkah indahnya memori begini dan alangkah lebih indahnya lagi andai seluruh keluarga ada bersama.....Angin sepoi yang bertandang  melewati rimbunan daun di halaman seakan membisikkan sebuah kerinduan kepada zaman silam yang pernah kami lalui bersama......masa kecil yang sering ku genggam namun terlepas jua dijarak gerak waktu yang tak mungkin berpaling.